Gaduh kerana RM20, pekerja ladang sebab kematian rakan dipenjara 18 tahun
Gaduh kerana RM20, pekerja ladang sebab kematian rakan dipenjara 18 tahun

KOTA KINABALU: Seorang pekerja ladang sawit dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini selepas didapati salah menyebabkan kematian rakan sekerjanya susulan pertengkaran mengenai wang RM20.
Hukuman diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Ratanah Devi Yusof Perumal selepas Risdi Baharuddin, 29, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Mahkamah memerintahkan hukuman dijalankan berkuat kuasa tarikh tertuduh ditahan 31 Januari 2025.
Risdi yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut dirujuk kepada Jabatan Imigresen.
Lelaki warga Indonesia itu didakwa menyebabkan kematian Jiecy Rondian, yang juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang berkemungkinan mengakibatkan kematian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Kesalahan dilakukan antara jam 6 petang hingga 8 malam 30 Januari 2025 di kuarters pekerja Ladang Sawit Koperasi Anak-Anak Tempatan Pantai Barat, Jalan Ulu Bongawan, daerah Papar.
Kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.
Risdi pada mulanya didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lovely Natasha Charles, manakala Risdi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Gaduh kerana RM20, pekerja ladang sebab kematian rakan dipenjara 18 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.