JPJ sita 9 motosikal, kesan enam kes aktiviti lumba haram di KL malam tadi
JPJ sita 9 motosikal, kesan enam kes aktiviti lumba haram di KL malam tadi

KUALA LUMPUR: Enam kes aktiviti lumba haram dan ujian kelajuan dikesan dalam Ops Khas Motosikal di sekitar ibu negara malam tadi, menyaksikan sembilan motosikal turut disita.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi dijalankan bersama Ibu Pejabat JPJ Putrajaya itu menyasarkan aktiviti lumba haram dan menunggang secara berbahaya di sepanjang Jalan Raja Laut, Jalan Ampang serta pusat bandar.
“Operasi membabitkan 37 anggota penguat kuasa itu dijalankan dari jam 10 malam tadi hingga 5 pagi hari ini, dengan penekanan khusus terhadap penguatkuasaan di bawah Seksyen 42A(1) dan 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hamidi berkata, 35 kenderaan diperiksa sepanjang operasi tujuh jam itu, dengan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap 11 kenderaan.
Beliau berkata, sebanyak 47 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk memandu tanpa lesen yang sah, lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans dan pelanggaran aspek teknikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Katanya, kesalahan lain termasuk pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran, penggunaan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi peraturan serta sistem ekzos yang tidak mengikut spesifikasi.
“Sembilan motosikal turut disita untuk siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan,” katanya.
Hamidi berkata, Seksyen 42A adalah peruntukan baharu di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) bertujuan memperkukuh penguatkuasaan terhadap aktiviti lumba haram dan ujian kelajuan di jalan raya awam.
Katanya, peruntukan itu menyediakan kerangka perundangan yang lebih khusus bagi membanteras perlumbaan haram di jalan raya serta tingkah laku berbahaya yang mengancam keselamatan orang ramai.
“Di bawah Seksyen 42A, pesalah kali pertama berdepan denda antara RM2,000 hingga RM10,000, penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Pesalah berulang pula berdepan hukuman lebih berat, termasuk denda antara RM5,000 hingga RM20,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
JPJ sita 9 motosikal, kesan enam kes aktiviti lumba haram di KL malam tadi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.