Sorok 2kg dadah dalam motosikal, rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura di Tuas

Sorok 2kg dadah dalam motosikal, rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura di Tuas

Sorok 2kg dadah dalam motosikal, rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura di Tuas
Dadah dirampas selepas ditemukan tersorok dalam motosikal ditunggang rakyat Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas, Rabu lalu. – Foto FB ICA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Malaysia berusia 24 tahun ditahan selepas pihak berkuasa Singapura menemukan lebih dua kilogram (kg) dadah, termasuk heroin dan methamphetamine disembunyikan dalam motosikalnya di Pusat Pemeriksaan Tuas, Rabu lalu.

Dadah terdiri kira-kira 1,924 gram heroin dan 164 gram methamphetamine atau syabu dianggarkan bernilai lebih S$222,000 (kira-kira RM730,000).

Dalam satu hantaran di Facebook, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) berkata, pegawainya mengarahkan motosikal dengan nombor pendaftaran Malaysia itu untuk menjalani pemeriksaan lebih menyeluruh.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pegawai menemukan lima bungkusan disyaki mengandungi dadah dalam sebuah beg yang disembunyikan di bawah baju hujan dalam kotak simpanan motosikal itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Nombor Plat H ‘Dedak’ – Gulam Muszaffar


“Susulan itu, pihak berkuasa merampas kira-kira 1,924 gram heroin dan 164 gram methamphetamine,” katanya.

Menurut ICA, jumlah dadah dirampas berpotensi menampung keperluan kira-kira 1,010 penagih selama seminggu.

“Lelaki berkenaan ditahan dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Mengikut Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura 1973, individu disabitkan kesalahan mengimport atau mengeksport lebih 15 gram diamorphine yang juga dikenali sebagai heroin tulen, boleh berdepan hukuman mati.

ICA berkata, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan CNB bagi mencegah cubaan menyeludup dadah merentasi sempadan Singapura.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Kerja Penerangan Mesti Berterusan, Kuasai Media Sosial


Menurutnya, pemeriksaan keselamatan akan terus dipertingkat bagi mengesan dan membanteras penyeludupan barangan terlarang, termasuk senjata, bahan letupan dan barangan seludup lain.

Sorok 2kg dadah dalam motosikal, rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Singapura di Tuas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
  2. ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
  3. Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker