Mangsa banjir di Kedah meningkat, 3 lagi PPS dibuka pagi ini
Mangsa banjir di Kedah meningkat, 3 lagi PPS dibuka pagi ini

ALOR SETAR: Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah susulan peningkatan jumlah mangsa banjir, setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat ini, sebanyak 224 mangsa daripada 74 keluarga dari daerah Yan, Kuala Muda dan Pendang ditempatkan di lima PPS.
Di Yan, tiga PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi yang menempatkan 101 mangsa daripada 29 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng (41 mangsa daripada 21 keluarga) dan Dewan Lestari Guar Chempedak (26 mangsa daripada sembilan keluarga).
Sementara itu, di Kuala Muda, sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di Surau As Saadiah, manakala di Pendang sebanyak 16 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan KEDA Tanjung Setol
Laman sesawang rasmi Public Banjir pula memaklumkan tiga stesen di Kedah melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Durian Burung di Durian Burung, Sungai Melaka di Padang Matsirat dan Kampung Padang Pasir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang melepasi tahap waspada, manakala Sungai Pendang di Pendang melepasi tahap amaran.
Hujan berterusan sejak Sabtu lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan hari ini.
– BERNAMA
Mangsa banjir di Kedah meningkat, 3 lagi PPS dibuka pagi ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.