4 rumah hangus dijilat api
4 rumah hangus dijilat api

SEREMBAN: Empat rumah di Lorong Cempaka 1, berhampiran UTC Ampangan, di sini, hangus hampir 80 peratus dalam kebakaran malam ini.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau mangsa cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.17 malam.
Katanya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban tiba di lokasi kejadian pada 8.22 malam, lima minit selepas menerima panggilan.
“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati kebakaran membabitkan empat rumah separuh kekal yang musnah hampir 80 peratus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
“Kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan tiga aliran hos. Operasi membabitkan anggota dari BBP Seremban dengan bantuan BBP Ampangan dan BBP Seremban 2,” katanya di sini, malam ini.
Katanya, semua rumah terbabit dilaporkan berpenghuni dan operasi memadam kebakaran sepenuhnya masih berjalan, termasuk misi mencari serta menyelamatkan mangsa.
4 rumah hangus dijilat api
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.