Saya sebagai jurulatih lebih tahu daripada netizen – Herry

Saya sebagai jurulatih lebih tahu daripada netizen – Herry

Saya sebagai jurulatih lebih tahu daripada netizen - Herry
HERRY (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Kai Wun ketika sesi latihan di ABM, sebelum ini. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Dua gelaran dalam aksi jelajah Eropah menjadi bukti awal percaturan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi melakukan rombakan gandingan mula membuahkan hasil, sekali gus menjawab kritikan yang dilemparkan sebelum ini.

Kejayaan Aaron Tai-Yap Roy King menjuarai Terbuka Artik, diikuti Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang merangkul gelaran Terbuka Perancis, mengukuhkan keyakinan terhadap pendekatan Herry yang sebelum ini menerima pelbagai kritikan susulan percubaan beberapa gandingan baharu.

Herry menegaskan, beliau lebih memahami keperluan pemain berbanding netizen yang hanya membuat penilaian dari luar, sambil menyifatkan setiap percaturan dilakukan demi kebaikan badminton negara.

“Kita tidak cakap untuk pisah secara tetap kerana itu hanya sebagai percubaan.

“Ramai orang yang cakap itu dan ini tetapi sekarang kita sudah mula nampak hasil apabila mereka berjaya ke final.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuduhan Kewangan JALB Tidak Boleh Dipandang Ringan


“Saya sebagai jurulatih mungkin lebih tahu daripada netizen di luar sana yang banyak cakap.

“Saya berada di sini setiap hari, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk pemain negara,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Jurulatih dari Indonesia itu berkata, beliau perlu berpegang kepada perancangan yang diyakini mampu membantu pemain berkembang, meskipun terpaksa berdepan kritikan dan cemuhan peminat ketika proses percubaan gandingan berlangsung.

Menurutnya, perubahan dalam sesebuah pasangan tidak boleh dinilai berdasarkan keputusan dalam tempoh singkat kerana pemain memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, membina keserasian dan membuktikan kemampuan mereka di gelanggang.

Pada masa sama, Herry mengakui Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempunyai asas kukuh untuk meminta digandingkan semula selepas membuktikan kemampuan dengan muncul naib juara Kejohanan Dunia dan Terbuka Denmark.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin


“Ya, memang mereka sudah membuktikan di Kejohanan Dunia walaupun tidak menjadi juara.

“Kita pisahkan mereka sebelum ini hanya sebagai percubaan dan bukannya untuk berpisah secara tetap,” katanya.

Beliau berkata, keputusan melakukan perubahan bukan bermaksud gandingan asal tidak lagi mempunyai masa depan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada usaha mencari pilihan terbaik bagi memperkukuh prestasi beregu lelaki negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Masjid Tanah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker