Wei Chong-Kai Wun kembali ke kelompok lapan terbaik dunia
Wei Chong-Kai Wun kembali ke kelompok lapan terbaik dunia

Kuala Lumpur: Kejayaan menjuarai Terbuka Perancis menyaksikan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak semula dalam kelompok 10 terbaik dunia apabila menduduki ranking kelapan dalam senarai terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.
Gandingan itu melonjak tiga anak tangga selepas menundukkan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam perlawanan akhir sesama pemain Malaysia di Paris, Ahad lalu.
Kejayaan itu menamatkan penantian Wei Chong-Kai Wun untuk meraih gelaran sejak kali terakhir menjuarai Masters Malaysia pada Mei 2024, sekali gus memberikan suntikan semangat menjelang saingan seterusnya.
Walaupun hanya naib juara di Paris, Sze Fei-Izzuddin masih mengekalkan kedudukan kelima dunia, manakala beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal di tangga keempat.
Dalam acara beregu campuran, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing turut mencuri tumpuan apabila naik tujuh anak tangga ke kedudukan ke-24 dunia selepas muncul naib juara Terbuka Perancis, sekali gus menembusi kelompok 30 terbaik.
Satu lagi pasangan negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin memperbaiki kedudukan untuk berada di tangga ke-36 dunia, sekali gus memasuki kelompok 40 terbaik.
Bagaimanapun, nasib berbeza dialami beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tergelincir keluar daripada kelompok 10 terbaik selepas tersingkir pada pusingan pertama di Paris, apabila kini menghuni tangga ke-11 dunia.
Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan kedudukan kelima dunia meskipun turut berakhir sebagai naib juara Terbuka Perancis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Melaka: Momentum Kemenangan BN Jadi Pembakar Semangat
- Antara Janji Reformasi, Realiti Rakyat & Prestasi Kerajaan
- Ahmad Zahid Seru Rakyat Berwaspada Hadapi Monsun Timur Laut
KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin
Sementara itu, kedudukan perseorangan wanita negara tidak berubah apabila K Letshanaa kekal di tangga ke-27 dunia, Wong Ling Ching di kedudukan ke-40 dan Goh Jin Wei menghuni ranking ke-56.
Bagi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao kekal sebagai pemain nombor satu negara di ranking ke-32 dunia, diikuti Lee Zii Jia di tangga ke-42 dan Justin Hoh di kedudukan ke-46.
Wei Chong-Kai Wun kembali ke kelompok lapan terbaik dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dana Ada, Projek Batal? Jangan Jadikan Rakyat Mangsa – Nik Mohd Nadzri
- Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.