Kejuaraan suntik semangat Kai Wun-Wei Chong
Kejuaraan suntik semangat Kai Wun-Wei Chong

Sepang: Kejayaan di Terbuka Perancis bukan sekadar mengakhiri penantian panjang beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, malah turut menyuntik keyakinan baharu buat gandingan itu untuk kembali bersaing di pentas tertinggi.
Kai Wun percaya kejayaan di Paris, Ahad lalu, mampu membantu Wei Chong mendapatkan semula keyakinan yang terjejas akibat masalah kecederaan lutut kanan berpanjangan, selain meningkatkan semangat mereka untuk menghadapi baki kejohanan musim ini.
Gandingan nombor lapan dunia itu kali terakhir merangkul kejuaraan pada Masters Malaysia, Mei tahun lalu, sebelum kecederaan yang dialami Wei Chong sejak penghujung 2024 menjejaskan persiapan dan prestasi mereka.
” Saya rasa selepas kejohanan ini, dia akan mendapatkan semula keyakinannya. Cuma, dia perlu menguruskan kecederaannya sendiri dengan baik serta mengatasi kesukaran dan kebimbangan yang timbul akibat kecederaan itu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1, hari ini.
Bagaimanapun, perbincangan antara mereka selepas kejohanan di Denmark menjadi titik penting apabila Kai Wun mengingatkan pasangannya supaya mengubah mentaliti terlebih dahulu jika mahu kembali meraih kemenangan.
“Selepas Denmark, saya berbincang dengan Wei Chong, Saya beritahu dia, jika mahu menang, dia perlu mengubah mentalitinya sendiri terlebih dahulu. Selepas itu, barulah saya boleh membantu setakat kemampuan saya,” katanya.
Kejayaan itu hadir selepas kedua-dua pemain melalui tempoh rombakan gandingan di bawah ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, sebelum kembali bergandingan selepas Sukan Asia.
Kejuaraan suntik semangat Kai Wun-Wei Chong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dana Ada, Projek Batal? Jangan Jadikan Rakyat Mangsa – Nik Mohd Nadzri
- Kenang Jasa BN… Dulu Janji Bawa Formula, Akhirnya Gagal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.