Rosman dedah punca Pearly-Thinaah hilang rentak

Rosman dedah punca Pearly-Thinaah hilang rentak

Rosman dedah punca Pearly-Thinaah hilang rentak
PASANGAN beregu wanita, Pearly-Thinaah.

Kuala Lumpur: Hilang kesabaran ketika menyerang selain keletihan selepas mengharungi dua minggu kejohanan yang panjang menjadi antara faktor beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, gagal mempertahankan cabaran pada Terbuka Perancis.

Pasangan nombor empat dunia itu tewas kepada gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, yang bangkit untuk menang 10-21, 21-17, 21-16 dalam tempoh 63 minit di Arena Grand Paris, Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan pasangan nombor tiga dunia berkenaan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi terdahulu.

Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, berkata tahap kecergasan anak buahnya sudah banyak digunakan sepanjang kejohanan minggu lalu, sekali gus menjadikan cabaran di Paris lebih sukar, terutama ketika mereka masih berdepan masalah kecederaan.

Menurut Rosman, strategi awal dengan mempelbagaikan penempatan bola serta membina serangan secara lebih sabar berjaya memberikan kesan positif apabila pasangan negara itu menguasai set pertama.

Namun, keadaan mula berubah pada set kedua dan ketiga apabila keinginan untuk menamatkan rali dengan pantas serta sikap kurang sabar ketika menyerang menjejaskan kestabilan pertahanan mereka.

“Pada masa sama, beberapa kesilapan mudah memberikan peluang kepada pasangan lawan untuk mendahului dengan jurang mata yang agak besar,” katanya.

Justeru, Rosman menegaskan tumpuan selepas ini adalah memastikan Pearly-Thinaah menjalani proses pemulihan dengan baik sebelum kembali membuat persiapan menghadapi kejohanan seterusnya.

Beliau mengakui pasangan negara itu masih belum mencapai tahap permainan terbaik dan perlu terus memperbaiki kelemahan, selain menjadikan setiap perlawanan sebagai ruang untuk belajar serta meningkatkan prestasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KUSKOP Perluaskan Sertaan Belia Dalam DaKoM – Mohamad Alamin


“Kami sedar bahawa kami masih mempunyai ruang untuk memperbaiki diri. Kami belum berada pada tahap terbaik dan akan terus bekerja keras, belajar daripada setiap perlawanan serta membuat persiapan yang lebih baik untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Walaupun keputusan kali ini bukan seperti yang diharapkan, Rosman tetap menghargai usaha dan komitmen tinggi yang ditunjukkan anak buahnya ketika berdepan pelbagai cabaran sepanjang dua minggu berkenaan.

Rosman dedah punca Pearly-Thinaah hilang rentak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Masjid Tanah Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker