Banglo dalam resort jadi ‘markas’ sindiket penipuan cinta
Banglo dalam resort jadi ‘markas’ sindiket penipuan cinta

MELAKA TENGAH: Sindiket penipuan cinta dan pinjaman tidak wujud yang menjadikan banglo mewah dalam kawasan resort di daerah ini sebagai pusat operasi tumpas dalam serbuan polis jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, berkata, sindiket menyasarkan mangsa di Vietnam dan serbuan itu, polis menahan 14 warga Vietnam dan seorang warga China berusia antara 21 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak awal Oktober ini dengan menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai khidmat pelanggan untuk mencari dan menghubungi mangsa.
“Hasil pemeriksaan di premis itu menemui 11 set komputer pelbagai jenama, 24 telefon bimbit, alat kawalan jauh, alat penterjemah serta 15 pasport.
“Keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM43,400. Setiap suspek dipercayai dibayar kira-kira RM2,500 seorang untuk menjalankan kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
- Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim
- Pahang Perluas Anugerah Kampung Tradisi, Galak Peningkatan Kualiti Hidup
Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian
Hadir sama, Timbalan Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Azrul Mohamed.
Katanya, semua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Dalam serbuan berasingan pada Selasa lalu, Halim berkata, polis menahan 14 warga China di empat bilik hotel di Melaka Raya pada jam 1 tengah hari.
Beliau berkata, siasatan mendapati lokasi itu dijadikan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan warga China.
Katanya, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak pertengahan September lalu dengan menggunakan khidmat suspek sebagai pegawai khidmat pelanggan untuk mencari dan menghubungi mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Watikah Pelantikan JPKK DUN Senaling Amanah Demi Rakyat
- Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
- PRN Melaka: BN Lancar Jentera Pilihan Raya, Umum Calon 24 Oktober Ini
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 55 tahun.
“Setiap suspek dibayar kira-kira RM3,000 seorang bagi menjalankan kegiatan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, serbuan itu turut membawa kepada rampasan 28 telefon bimbit pelbagai jenama, empat komputer riba, sebuah tablet, alat penterjemah, lima unit telefon bimbit, 96 kad SIM prabayar serta wang tunai RM6,400.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM47,500 dan kesemua 14 suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.
Banglo dalam resort jadi ‘markas’ sindiket penipuan cinta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
You must be logged in to post a comment.