‘Superman’ ditangkap di Banting, kena denda RM1,000

‘Superman’ ditangkap di Banting, kena denda RM1,000

'Superman' ditangkap di Banting, kena denda RM1,000
Tangkap layar video aksi empat penunggang motosikal melakukan aksi ‘superman’ di lebuh raya dekat Pagoh. – Video Tular

Muar: Seorang remaja lelaki antara empat individu yang ditahan selepas video memaparkan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal secara berbahaya di lebuh raya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mereka yang berusia antara 17 hingga 20 tahun ditahan di Banting, Selangor, kelmarin.

Menurutnya, polis mengesan penularan video berdurasi 10 saat yang memaparkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya sehingga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Siasatan mendapati aksi itu dilakukan di Kilometer 143, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Pagoh, pada 18 Oktober lalu.

“Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menjalankan siasatan dan usaha mengesan penunggang terbabit dilakukan dengan bantuan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuala Langat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian


“Hasil tindakan itu, keempat-empat mereka ditahan di sekitar Banting, Kuala Langat, pada jam 12.30 tengah malam bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas motosikal yang dipercayai digunakan untuk melakukan aksi berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, seorang daripada mereka didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar, hari ini, atas kesalahan menunggang kenderaan secara melulu atau berbahaya di jalan raya.

“Berdasarkan siasatan, seorang daripada individu terbabit bekerja dalam sektor makanan, manakala seorang lagi tidak bekerja.

“IPD Muar menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang menunggang motosikal secara berbahaya sehingga mengancam keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya,” katanya.

‘Superman’ ditangkap di Banting, kena denda RM1,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker