Polis siasat 2 hantaran berunsur hasutan sentuh institusi Raja – Polis Negeri Sembilan
Polis siasat 2 hantaran berunsur hasutan sentuh institusi Raja – Polis Negeri Sembilan

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes membabitkan unsur hasutan, mengaibkan serta dakwaan tidak benar yang ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan satu daripada kes berkenaan.
Beliau berkata, polis turut giat mengesan pemilik akaun media sosial yang disyaki memuat naik kenyataan berunsur hasutan dan penghinaan serta dakwaan tidak benar.
“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengaibkan dengan sengaja dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
“Kedua-dua kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
- Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim
- Pahang Perluas Anugerah Kampung Tradisi, Galak Peningkatan Kualiti Hidup
Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian
Alzafny berkata, pihaknya turut mengambil maklum titah Raja-Raja Melayu seperti yang dizahirkan melalui kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 14 Oktober lalu yang menggesa semua pihak supaya mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran serta penghormatan terhadap adab, adat dan maruah institusi diraja.
“Sebarang perbezaan pendirian hendaklah diselesaikan melalui saluran yang sah dan berautoriti berlandaskan undang-undang serta peruntukan yang berkaitan,” katanya.
Sehubungan itu Alzafny berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan kandungan yang belum disahkan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan, mencetuskan ketegangan dan menjejaskan ketenteraman awam.
“Kami menegaskan bahawa setiap siasatan dilaksanakan secara profesional, telus dan tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
“Sebarang tindakan penguatkuasaan adalah berlandaskan bukti serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, demi memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.
Polis siasat 2 hantaran berunsur hasutan sentuh institusi Raja – Polis Negeri Sembilan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
You must be logged in to post a comment.