Polis tumpas Geng Yunaa kaut RM5.4 juta setahun hasil pelacuran

Polis tumpas Geng Yunaa kaut RM5.4 juta setahun hasil pelacuran

Polis tumpas Geng Yunaa kaut RM5.4 juta setahun hasil pelacuran
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Yunaa’ yang terbabit dalam sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia, menerusi operasi khas dinamakan ‘Op Angel’ di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata kumpulan yang dianggotai 10 individu itu didapati aktif sejak awal 2024 dan dikesan mampu menjana pendapatan haram mencecah RM5.4 juta setahun.

“Kumpulan jenayah terancang Geng Yunaa menjalankan kegiatan eksploitasi seksual melalui aktiviti pelacuran dengan merekrut remaja tempatan, warga asing serta kanak-kanak bawah umur yang dieksploitasi dan dijadikan mangsa pelacuran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas risikan, pihak polis menahan tujuh suspek berusia antara 18 hingga 44 tahun dalam operasi yang dijalankan bermula 24 hingga 26 September lalu yang diketuai oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun.

“Semua suspek kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga 23 Oktober 2026.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian


“Dua orang lagi ahli kumpulan sedang ditahan di Penjara Kajang dan Sekolah Henry Gurney, Melaka atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak dan kes pelacuran,” katanya.”Pelanggan dikenakan bayaran antara RM200 hingga RM350 secara tunai, pindahan Touch ‘n Go atau kod QR perbankan.

“Kumpulan ini dipercayai memperoleh kira-kira 100 pelanggan sehari dengan kutipan sebanyak RM150 bagi setiap pelanggan, manakala selebihnya adalah bayaran kepada pelacur.

“Berdasarkan anggaran itu, kumpulan ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM15,000 sehari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan kebimbangan serius terhadap kegiatan sindiket yang turut menyasarkan golongan bawah umur.

“Kegiatan Geng Yunaa bukan sekadar jenayah pelacuran, malah bentuk eksploitasi seksual yang serius terhadap golongan rentan, khususnya kanak-kanak, demi mengaut keuntungan kewangan yang lumayan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik


“Kegiatan ini boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan sosial jika tidak dibendung,” katanya.

Beliau berkata, menerusi operasi itu, polis turut merampas pelbagai barangan yang dikaitkan dengan aktiviti pelacuran, termasuk 14 telefon bimbit, 33 kotak kondom, enam kotak ubat pencegah kehamilan, tuala dan gel pelincir.

“Hasil semakan mendapati beberapa tangkapan turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pelacuran, pengedaran dadah, pemerdagangan orang dan penipuan.

“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan 17 kes jenayah pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak di bawah kontinjen Selangor.

“Sembilan ahli kumpulan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok (23 Oktober) di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Polis tumpas Geng Yunaa kaut RM5.4 juta setahun hasil pelacuran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker