Pelajar kolej maut dipercayai terjatuh dari bangunan
Pelajar kolej maut dipercayai terjatuh dari bangunan

PORT DICKSON: Seorang pelajar tahun akhir sebuah kolej yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hotel di Lukut ditemukan maut di belakang sebuah kedai makan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan, berkata lelaki berumur 21 tahun itu ditemukan pada 6.05 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 daripada orang awam.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan pada bahagian kepala dan abdomen akibat terjatuh dari tempat tinggi.
“Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
– BERNAMA
Pelajar kolej maut dipercayai terjatuh dari bangunan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
You must be logged in to post a comment.