Empat cedera BMW bertembung lori tangki di Jambatan Pulau Pinang
Empat cedera BMW bertembung lori tangki di Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Empat cedera selepas BMW dinaiki mereka bertembung sebuah lori tangki minyak di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Kemalangan jam 12.13 pagi di Kilometer 3.4 laluan dari tanah besar menghala ke pulau.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata keempat-empat mangsa yang menaiki BMW itu dibawa ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pemandu lori tangki berusia 53 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
- Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim
- Pahang Perluas Anugerah Kampung Tradisi, Galak Peningkatan Kualiti Hidup
Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian
“Ketika anggota bomba tiba, keempat-empat mangsa yang menaiki BMW itu sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Seramai 12 anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dan satu unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.
Anggota bomba turut membersihkan sisa kemalangan bagi memastikan tiada bahaya susulan sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.11 pagi.
Polis dan kakitangan PLUS turut membantu di lokasi kejadian.
Seorang daripada mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai lelaki berusia 44 tahun, manakala identiti tiga lagi mangsa belum diperoleh.
Empat cedera BMW bertembung lori tangki di Jambatan Pulau Pinang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
You must be logged in to post a comment.