Pembantu kedai makan maut motosikal bertembung dengan kereta
Pembantu kedai makan maut motosikal bertembung dengan kereta

KUALA TERENGGANU: Pembantu kedai berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan kereta di Jalan Pusara, di sini, 5.30 petang tadi.
Mangsa, Muhammad Aiman Khairul Anuar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa menunggang motosikal dari arah Jalan Ladang menghala ke Gong Kapas, manakala kereta dipandu wanita berusia 51 tahun dari Jalan Sungai Rengas ke di Taman Alamanda 4.
“Ketika kejadian, motosikal itu sedang bergerak terus sebelum kereta dari arah bertentangan membelok ke simpang kiri laluan motosikal berkenaan.
“Penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kiri kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa untuk dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ. – Foto BH / ZAID SALIM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
You must be logged in to post a comment.