Nenek hilang 4 hari ditemukan selamat di kebun getah
Nenek hilang 4 hari ditemukan selamat di kebun getah

JITRA: Nenek berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang di kebun getah berhampiran Taman Kodiang, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan selamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata Razaiyah Hassan ditemukan pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Ketika ditemukan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas anak lelakinya mendapati wanita itu tiada di rumahnya di Taman Kodiang, kira-kira 2.15 petang Ahad lalu dan laporan dibuat tengah hari Isnin lalu.
Sementara itu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiq (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata warga emas itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh pasukan penyelamat pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang, kira-kira jam 3.30 petang hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘STR, SARA Perlu Dinilai Berdasarkan Keperluan Isi Rumah’
- Tok Ajak Terus Dekati Masyarakat, Santuni Rakyat Tanpa Bermusim
- Pahang Perluas Anugerah Kampung Tradisi, Galak Peningkatan Kualiti Hidup
Mohd Jafni Pastikan Isu Banjir Dan Keselamatan Diberi Perhatian
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi SAR tamat sepenuhnya pada jam 4.37 petang hari ini, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Aminuddin berkata, operasi turut disertai Pasukan Khas Operasi Khas, Taktikal dan Penyelamat (STORM) JBPM serta Unit Anjing Pengesan (K9), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung.
Beliau berkata, operasi hari ini diteruskan dengan penyusunan semula kawasan operasi kepada lapan sektor baharu yang dilabelkan sebagai sektor A hingga H.
“Pencarian meliputi radius tertentu dari lokasi terakhir mangsa dilihat termasuk kawasan kebun, sepanjang Sungai Santap dan persekitaran berhampiran,” katanya.
“Pasukan dari Unit Jentera Perkhidnatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam memberikan bantuan awal kepada mangsa di lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Watikah Pelantikan JPKK DUN Senaling Amanah Demi Rakyat
- Kerajaan Bantu Mudah Cara Urusan Keluarga Mangsa Banjir Nepal
- PRN Melaka: BN Lancar Jentera Pilihan Raya, Umum Calon 24 Oktober Ini
Peruntukan RM7.27 Juta Fokus 19 Kerja Penyenggaraan Jalan Di Sik
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi SAR tamat sepenuhnya pada jam 4.37 petang hari ini, ” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Aminuddin berkata, operasi turut disertai Pasukan Khas Operasi Khas, Taktikal dan Penyelamat (STORM) JBPM serta Unit Anjing Pengesan (K9), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung.
Beliau berkata, operasi hari ini diteruskan dengan penyusunan semula kawasan operasi kepada lapan sektor baharu yang dilabelkan sebagai sektor A hingga H.
“Pencarian meliputi radius tertentu dari lokasi terakhir mangsa dilihat termasuk kawasan kebun, sepanjang Sungai Santap dan persekitaran berhampiran,” katanya.
Nenek hilang 4 hari ditemukan selamat di kebun getah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Isu DNAA Ahmad Zahid Modal Politik
- Pemuda UMNO Tambun Perkukuh Organisasi, Rancang Gerak Kerja Baki 2026
- Puteri UMNO Kota Melaka Siap Siaga, Sahut Seruan Tolak Politik Kebencian
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semai ‘BN Sayang Rakyat’, Tolak Politik Fitnah Dan Kebencian
You must be logged in to post a comment.