Warga emas maut motosikal terbabas selepas terlanggar kucing lintas jalan

Warga emas maut motosikal terbabas selepas terlanggar kucing lintas jalan

LIPIS: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebaik terlanggar seekor kucing yang melintas jalan di Kilometer 29 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Kechau Tui, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Azmi Budin, 62, dalam perjalanan dari Kampung Kechau Tui untuk melihat lorinya yang dibaiki di sebuah bengkel di Kampung Padang Tengku dekat sini.



Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal sebaik terlanggar kucing sebelum terbabas.

“Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diharap tampil membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH



Warga emas maut motosikal terbabas selepas terlanggar kucing lintas jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker