Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal

Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal

MELAKA: EXCO negeri, Datuk Jailani Khamis diingatkan supaya mengimbau zaman kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka yang berpunca daripada beliau dan beberapa rakannya yang melompat dan menubuhkan ‘kerajaan tebuk atap’.

Ia susulan tuduhan Jailani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia yang mendakwa Melaka bakal mempunyai Ketua Menteri ‘pintu belakang’ susulan peletakan jawatan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali.

Serentak itu, Ketua UMNO Bahagian Jasin yang juga ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, mahu Jailani sedar diri dan tidak menuduh sembarangan sehingga menyebabkan orang hilang rasa hormat kepadanya kelak.

“Untuk makluman, kerajaan tebuk atap atau ‘kerajaan pintu belakang’ ini apabila Ketua Menteri dijatuhkan macam semasa YB (Yang Berhormat) Jai melompat keluar dari Pakatan Harapan dulu dan akhirnya Ketua Menteri ketika itu hilang majoriti dan hilang jawatan.

“Kali ini, apabila Ketua Menteri meletakkan jawatan dengan sendirinya, maka kekosongan yang berlaku itu perlulah diisi oleh mana-mana wakil rakyat yang dirasakan layak oleh parti memerintah.

“Parti yang dipilih rakyat tetap menjadi kerajaan. Mungkin YB Jai lupa dia pernah jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap dulu,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Jailani mengenai pertukaran jawatan Ketua Menteri Melaka.

“Apa yang tuan-tuan akan saksikan dalam beberapa hari berikutnya ialah Ketua Menteri tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.

“Ini spesies baharu kelahiran UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya seperti dilaporkan oleh portal berita, FMT.

Jailani yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 atas tiket PKR, antara empat ADUN PH yang melompat menyokong BN bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau kemudiannya dikatakan dipecat parti itu sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkannya dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021. BH

Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker