Bebas, dibicarakan semula atau kekal dipenjara, keadilan terhadap ‘Bossku’ akan ditegakkan hari ini

 

Hari ini bekas perdana menteri Najib Razak akan mengetahui sama ada percubaan keduanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta diterima Mahkamah Persekutuan atau tidak.

Panel lima hakim dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli akan memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak permohonannya untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menegekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM20 juta yang dijatuhkan sebelum ini.

Ada tiga kemungkinan jika mahkamah menerima permohonan itu.

Najib sama ada boleh dibebaskan sepenuhnya daripada tujuh pertuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram atau dia akan dibicarakan semula di depan hakim Mahkamah Tinggi yang baru, selain Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Kemungkinan ketiga adalah pendengaran semula rayuannya hadapan hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu yang tidak diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Panel hakim turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan, serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Mahkamah Persekutuan telah mendengar permohonan semakan selama empat hari pada 19 Januari, 20 hingga 22 Februari dan 27 dan 28 Februari lalu.

Pada 23 Ogos lalu, panel hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Tengku Maimun menolak permohonan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes ini.

Setelah menamatkan rayuannya di hadapan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib telah pergi ke panel Mahkamah Persekutuan semasa untuk mendengar semakannya.

Najib yang kini dipenjara di Penjara Kajang juga memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja serta petisyen di hadapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dakwaan penahanan sewenang-wenangnya.

Melalui permohonan semakan sekarang, Najib berhujah bahawa hakim perbicaraan Mohd Nazlan, yang telah dinaikkan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, berada dalam konflik kepentingan apabila mendengar dan memutuskan kes SRC International pada Julai 2020.

Najib mendakwa, antara lain, hakim itu didakwa sedar bahawa Maybank Investment (satu entiti Kumpulan Maybank) dan BinaFikir (satu lagi entiti Kumpulan Maybank) telah menasihati 1MDB dalam perkara berkaitan penubuhan SRC International.

Najib mendakwa konflik kepentingan itu timbul kerana peranan Nazlan sebagai peguam am Maybank sebelum ini.

SRC merupakan anak syarikat 1MDB sebelum menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). 1MDB juga dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.

Permohonan semakan Najib juga menyasarkan tiga keputusan lain panel sebelumnya, iaitu keputusan yang menolak permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan untuk mengukuhkan dakwaannya terhadap Nazlan, keputusan menolak permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan supaya peguamnya mempunyai lebih banyak masa untuk menyediakan rayuan dan keputusan menolak permohonannya untuk menyingkirkan Tengku Maimun dari panel hakim atas dakwaan konflik kepentingan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker