Pelajar 14 tahun bawa 3 kanak-kanak membonceng untuk ke sekolah parah motosikal langgar kereta guru
Pelajar 14 tahun bawa 3 kanak-kanak membonceng untuk ke sekolah parah motosikal langgar kereta guru

MACHANG: Empat bersaudara dalam perjalanan ke sekolah parah selepas sebuah motosikal dinaiki mereka berempat berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai, berhampiran Kampung Pek, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Muhammad Muskir Rosli, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan dipercayai menunggang motosikal membawa tiga pembonceng, iaitu Mas Siti Rosnani Rosli, 7; Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9; dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12.
Mas Siti Rosnani, Muhamad Hakikat dan Muhammad Zulhaqif bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pek.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor, berkata siasatan awal mendapati motosikal Honda C100 itu berlanggar kereta Honda Jazz dipandu guru wanita berusia 39 tahun dari arah bertentangan, Machang menghala Kuala Krai.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran SMK Seri Intan, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 14 tahun dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba untuk memasuki simpang di sebelah kanan jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
“Disebabkan itu, motosikal berkenaan melanggar bahagian hadapan sisi kanan Honda Jazz yang berada di laluannya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pemandu Honda Jazz serta penumpang tidak cedera, namun penunggang motosikal dan ketiga-tiga pembonceng parah sebelum dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222.
Pelajar 14 tahun bawa 3 kanak-kanak membonceng untuk ke sekolah parah motosikal langgar kereta guru
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.