Nahas 3 kenderaan di NKVE: Pemandu Proton Inspira lari dari lokasi ditahan di Klang
Nahas 3 kenderaan di NKVE: Pemandu Proton Inspira lari dari lokasi ditahan di Klang

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki memandu sebuah daripada tiga kereta terbabit kemalangan di Kilometer 28 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Plaza Tol Duta, di sini malam kelmarin yang tular di media sosial.
Kejadian sekitar jam 11 malam apabila kereta Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun berkenaan dilaporkan terbabas sebelum terhenti di lorong kanan lebuh raya dan kemudian dirempuh dua kenderaan lain dari arah sama.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian tular di media sosial itu turut membabitkan masing-masing sebuah Proton Wira dan Toyota Hilux.
Setakat ini, katanya, polis masih menyiasat sama ada pengaruh alkohol menjadi punca pemandu Proton Inspira gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas sebelum dia menghilangkan diri dari lokasi.
“JSPT KL berjaya mengesan dan menahan pemandu Proton Inspira itu hari ini di Klang bagi membantu siasatan kejadian terbabit mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Siasatan awal mendapati selepas Proton Inspira terhenti di lorong paling kanan, Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun kemudian terlanggar kenderaan terbabit. Tidak lama selepas itu, Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berumur 41 tahun turut melanggar Proton Inspira berkenaan.
“Ia menyebabkan kedua-dua Proton Wira dan Toyota Hilux terbabas ke kiri laluan dan melanggar penghadang jalan. Bagaimanapun, kemalangan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan,” katanya.
Antara tindakan telah diambil polis, katanya, termasuk memohon rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, rakaman percakapan saksi, lawatan ke lokasi kejadian, pemeriksaan dan mengambil gambar kenderaan terbabit.
Nahas 3 kenderaan di NKVE: Pemandu Proton Inspira lari dari lokasi ditahan di Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.