Remaja ditemukan lemas mandi di air terjun

Remaja ditemukan lemas mandi di air terjun

Remaja ditemukan lemas mandi di air terjun
Mangsa ditemukan lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di Tawau, petang semalam. – Foto Ihsan Bomba.

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang, mangsa dikenali sebagai Muhammad Aiman Shahrizat, dipercayai mandi bersama 13 rakannya di kawasan air terjun berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.45 petang sebelum lima anggota bersama Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.

Lokasi kejadian kira-kira 21 kilometer dari balai dan operasi turut berdepan kesukaran berikutan liputan komunikasi yang terhad di kawasan air terjun berkenaan.

Di lokasi beberapa minit kemudian, mangsa dipercayai sudah ditemukan oleh orang awam dan penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat


“Maklumat awal mendapati mangsa dipercayai tidak pandai berenang ketika mandi di kawasan air terjun berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Jemishin berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 6.38 petang.

Katanya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.05 petang

Remaja ditemukan lemas mandi di air terjun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker