Penjual ikan dituduh rotan, tarik rambut anak teman wanita hanya kerana enggan habiskan makanan
Penjual ikan dituduh rotan, tarik rambut anak teman wanita hanya kerana enggan habiskan makanan

BATU PAHAT: Penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan anak perempuan teman wanitanya menggunakan rotan serta menarik rambut budak itu gara-gara enggan menghabiskan makanan diberikan.
Lelaki berkenaan, Kenneth Ong Peng Quan, 43, dituduh di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) akta sama.
Seksyen 31 (1) memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 31 (2) pula sebagai tambahan hukuman dalam Sub Seksyen (1) dengan mahkamah boleh memerintahkan bon berkelakuan baik dan khidmat masyarakat sehingga 240 jam dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tempoh perintah dikeluarkan.
Lelaki itu dituduh menganiayai kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun terbabit di sebuah rumah di Kampung Merdeka, di sini, antara Februari hingga September 2025.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
Berdasarkan fakta kes, bapa mangsa berusia 41 tahun membuat laporan polis selepas mendapati terdapat banyak kes luka serta lebam pada badan anak perempuannya ketika mengambil mangsa dari sebuah tadika.
Pada jam 9.30 malam 10 September lalu, sepasukan polis menahan tertuduh di sebuah rumah dan ketika dibawa ke rumah lain di Kampung Merdeka, ibu mangsa yang mendiami kediaman itu bersama tertuduh mengeluarkan dua rotan bersaiz 53 dan 72 sentimeter (sm) dipercayai digunakan memukul mangsa.
Siasatan polis mendapati ibu bapa kanak-kanak itu bercerai November 2024 dan mangsa yang dijaga ibunya yang tinggal bersama-sama penjual ikan terbabit, memberitahu dia dipukul dengan rotan dan tangan oleh tertuduh, manakala rambut ditarik kerana enggan makan dan tidak menghabiskan makanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
Lelaki berkenaan yang diwakili peguam, Siti Farha Garieb kemudian mengaku bersalah sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara 10 bulan jika gagal bayar. Tertuduh membayar denda ditetapkan.
Selain itu, mahkamah memutuskan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000 serta melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad.
Penjual ikan dituduh rotan, tarik rambut anak teman wanita hanya kerana enggan habiskan makanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.