Polis tahan juruwang stesen minyak warga Bangladesh guna nombor MyKad orang lain seleweng subsidi RON95
Polis tahan juruwang stesen minyak warga Bangladesh guna nombor MyKad orang lain seleweng subsidi RON95

SIK: Seorang juruwang warga Bangladesh ditahan polis selepas disyaki menyalahgunakan nombor MyKad peniaga di Selangor bagi mendapatkan subsidi minyak RON95.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, berkata lelaki itu yang bekerja di sebuah stesen minyak di Kupang, Baling ditahan semalam susulan laporan polis yang dibuat peniaga terbabit.
Katanya, pengadu berusia 57 tahun membuat laporan selepas mendapati hilang kuota BUDI MADANI RON95 ketika membuat semakan melalui aplikasi di stesen minyak di Setia Alam, Shah Alam pada 8 April lalu.
“Hasil semakan mendapati terdapat transaksi pengisian minyak subsidi RON95 menggunakan nombor kad pengenalan (MyKad) pengadu di sebuah stesen minyak di Padang Lengkuas, Kupang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
“Siasatan mendapati bermula 18 Mac hingga 8 April lalu, sebanyak enam transaksi pengisian minyak menggunakan nombor kad pengenalan pengadu direkodkan membabitkan 309.038 liter minyak dengan anggaran kerugian RM1,242.33,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat pembabitan individu warga tempatan yang masih diburu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Permohonan reman terhadap suspek berusia 34 tahun dibenarkan selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Polis tahan juruwang stesen minyak warga Bangladesh guna nombor MyKad orang lain seleweng subsidi RON95
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.