‘Jelingan’ jadi punca lelaki dibelasah di restoran
‘Jelingan’ jadi punca lelaki dibelasah di restoran

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang didakwa menjeling sekumpulan individu ketika makan di sebuah restoran di Jalan Besar Kepong, Kepong di sini, dipercayai menjadi punca dia dibelasah dalam kejadian Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni, berkata kejadian itu disahkan berlaku seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial sebelum ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek sedang makan di restoran berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.
“Punca pergaduhan dipercayai apabila mangsa menjeling suspek yang berada dalam keadaan mabuk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
“Suspek tidak berpuas hati lalu bertindak menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, suspek dalam kejadian itu sudah ditahan dan direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut.
Terdahulu, rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki dipukul tiga individu di sebuah restoran tular di media sosial sebelum video itu dipadamkan.
‘Jelingan’ jadi punca lelaki dibelasah di restoran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.