Polis berkas lelaki cederakan individu guna pedang di Cameron Highlands
Polis berkas lelaki cederakan individu guna pedang di Cameron Highlands

KUANTAN: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencederakan individu menggunakan pedang di sebuah tokong di Cameron Highlands semalam.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, berkata suspek berusia 39 tahun itu diberkas selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian terbabit kira-kira jam 6 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa lelaki berusia 31 tahun sedang mengadakan upacara keagamaan di rumah ibadat berkenaan bersama rakan-rakannya.
“Secara tiba-tiba suspek datang ke pekarangan tokong terbabit dengan membuat bising dan mengganggu pengunjung. Apabila diminta beredar suspek berang dan mengambil pedang yang berada di tokong lalu melibas ke arah mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
“Mangsa yang cuba menahan tindakan suspek mengalami kecederaan di bahagian tangan, dahi selain badan dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata sebelum dirujuk ke Hospital Fatimah, Ipoh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah antaranya berkaitan kesalahan dadah.
Azri berkata, lelaki itu kini direman empat hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Polis berkas lelaki cederakan individu guna pedang di Cameron Highlands
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.