Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada
Nurul Shuhada

Kuala Lumpur : “Ya. Saya ada menerima surat tuntutan saman daripada wanita itu. Saya sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk langkah seterusnya.”

Ini kata isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengesahkan dia menerima surat tuntutan saman daripada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Hafidz iaitu Athira Yuhada.

Shuhada menerusi hantaran terbaharu di Instagram memaklumkan, Athira memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.



“Ramadan ketiga, semalam saya dimaklumkan oleh peguam ada menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga.

“Pihak ketiga menuntut dari tulisan saya di Instagram pada 15.2.2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.

Baca Artikel Menarik:

“Seharian semalam saya susah hati kerana belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut.



“Saya ni, baru mula hendak mencari pendapatan sendiri. Saya cuba buat perniagaan @shelupshelup. Selagi ada rezeki, saya usahakan. Buat simpanan saya dan anak-anak. Waktu jadi suri rumah dulu, saya tak menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu, tidak sedar bahawa penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih sedia, langit tak selalu cerah,” katanya.

Menurut Nurul Shuhada, saman yang diterima daripada wanita itu ibarat ujian yang bertubi-tubi menimpanya.

“Rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses perceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula.

“Tidak mengapa. Saya perlu bangkit. Jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak. Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya,” katanya.




Baca Artikel Menarik:

Dalam masa sama, Nurul Shuhada tidak dapat berkongsi jumlah tuntutan saman yang diminta oleh Athira.

Sebelum ini, Athira tampil memohon maaf secara terbuka terhadap Nurul Shuhada dan dua anaknya selepas didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan itu.



Identiti Athira terbongkar menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan tangkap layar berbalas mesej mesra bersama Hafidz di WhatsApp.

Ia sekali gus menguatkan dakwaan rumah tangga dibina Hafidz bersama Nurul Shuhada selama tujuh tahun kini bergolak selepas menerima kehadiran orang ketiga.

Hafidz yang juga bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 3.

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker