MP PAS digantung 3 hari

MP PAS digantung 3 hari

Seorang Ahli Parlimen PAS diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung selama tiga hari mulai hari ini.

Timbalan Speaker Ramli Nor mengarahkan sebanyak tiga kali untuk Che Zulkifly Jusoh (PN-Besut) duduk, tetapi Ahli Parlimen pembangkang itu mengingkari arahan itu.

Sebelum itu, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan mengapa kerajaan menyediakan dua rang undang-undang yang mempunyai tajuk Bahasa Inggeris, yang mana Zulkifly turut mencelah.

Selepas membenarkan Ahli Parlimen bercakap, Ramli kemudian mengarahkan semua orang duduk supaya beliau boleh menyampaikan keputusannya mengenai perkara itu, namun, Zulkifly enggan.

“Saya telah buat keputusan. Saya beri tiga amaran,” kata Ramli.

Beliau kemudiannya mengarahkan Bentara Dewan Rakyat untuk mengiringi Zulkifly keluar dari Dewan, dan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kemudian membalas, “Selamat bercuti”. FMT

MP PAS digantung 3 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker