Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

“Rindunya pada mereka Ya Allah… Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu,” tulis pelakon Farid Kamil di Instagramnya.

Tindakan pelakon utama filem Anwar, The Untold Story itu dipercayai menggambarkan kerinduan yang mendalam pada keluarganya terutama dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.



Farid dilaporkan dihalang daripada bertemu anaknya selepas isu kemelut rumah tangga dia dan isteri juga pelakon Diana Danielle, 32.

Farid turut berkongsi video ketika mereka sekeluarga ke Tanah Suci Makkah, bulan lalu serta gambar mereka.

Kemelut rumah tangga antara Farid dan Diana heboh diperkatakan, minggu lalu. Difahamkan Diana membuat permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Baca Artikel Menarik:

Mana Syamsul, tanya netizen



Alasan diberikan dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), esok.



Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata. HM

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Baca Artikel Menarik:

Fathia Latiff dalam ketakutan



 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?



Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker