4 negeri pembangkang dapat peruntukan lebih tinggi daripada kerajaan PN beri – Anwar

Perdana menteri menafikan dakwaan pembangkang mengenai pentadbirannya memilih untuk menekan negeri yang tidak menyokong kerajaan.

4 negeri pembangkang dapat peruntukan lebih tinggi daripada kerajaan PN beri – Anwar

Kerajaan perpaduan memberikan peruntukan kepada Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis lebih tinggi daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau menafikan dakwaan pembangkang mengenai pentadbirannya ketika ini memilih untuk menekan negeri yang tidak menyokong kerajaan.

“Saya harap fitnah seperti ini dihentikan dan Dewan Negara dapat tunjuk contoh yang baik bahawa kritikan dibenarkan, teguran (juga dibenarkan) dan saya bersedia untuk membuat pindaan, penyesuaian setelah mendengar pandangan dan teguran.

“Tapi fitnah ini tidak boleh diteruskan. Kadang-kadang fitnah ini dibuat daripada pemimpin besar termasuk ketua parti yang menyatakan zalimnya menteri kewangan kerana menindas dan tidak berikan peruntukan pada negeri atau melewatkan atau mengurangkan,” katanya ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Negara.

Anwar berkata, tanggungjawabnya adalah menjawab semua tohmahan itu, bukannya menyerang ulama kerana mereka membentangkan fakta yang salah.

“Guna hujah al-Quran dan hadis, serta berpakaian nampak seperti ulama tetapi kalau buat kenyataan begini tanggungjawab saya menjawab…bukan menyerang ulama tetapi menerangkan fakta yang salah,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata peruntukan kepada semua negeri pada 2023 dinaikkan daripada kerajaan sebelum ini.

Beliau memperincikan peruntukan kepada empat negeri pembangkang iaitu Perlis dinaikkan daripada RM138 juta kepada RM154 juta.

“Manakala Terengganu dinaikkan daripada RM393.6 juta kepada RM400.1 juta, Kelantan daripada RM331 juta kepada RM351.5 juta dan Kedah RM458.1 juta kepada RM512.1 juta,” katanya.

Ads by Kiosked
Sebelum ini, beberapa wakil rakyat PN mengkritik Belanjawan 2023 kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, menepis kritikan PN, mengingatkan bahawa hanya pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan. FMT

4 negeri pembangkang dapat peruntukan lebih tinggi daripada kerajaan PN beri – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker