Mana Syamsul, tanya netizen

KELIBAT Syamsul yang langsung tidak kelihatan pada majlis sambutan hari lahir anak keduanya, Sumayyah semalam menjadi perhatian netizen.

Mana Syamsul, tanya netizen

Mana Syamsul, tanya netizen
Mana Syamsul, tanya netizen

Sambutan hari lahir anak perempuan pelakon Puteri Sarah Liyana, Sumayyah yang keempat diraikan dalam suasana sederhana, namun tetap meriah, semalam.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan Sarah dalam Instagram miliknya menunjukkan majlis hari jadi yang diadakan di restoran milik bapa mentuanya dihadiri oleh kedua ibu bapanya termasuk Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Fatimah Ismail.

“Ramadan merapatkan silaturahim,” tulis Sarah ringkas.

Dalam perkongsian sama, kelihatan Yusof Haslam berjabat tangan bersama bapa Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin sekali gus membuktikan hubungan baik mereka sebagai besan.

Malah ibu mentuanya, Fatimah Ismail turut meninggalkan komen apabila berharap agar hubungannya bersama keluarga Sarah akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Baca Artikel Menarik:

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

“Ya Allah. Semoga silaturahim ini kekal sehingga ke akhir hayat. Selamat hari jadi Puteri Sumayyah,” tulisnya.

Bagaimanapun, beberapa komen yang ditinggalkan netizen mencuri perhatian ramai apabila mempersoalkan ketiadaan Syamsul Yusof di majlis meraikan hari lahir anaknya.

Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya apabila Syamsul sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu bertemu dengan Sarah untuk berdamai, namun ‘bayangnya’ di majlis tersebut langsung tidak kelihatan.

“Manalah Syamsul. Hari jadi anak pun tak mahu tunjuk muka. Anak ini boleh membesar dan dendam dengan ayahnya. Rugi betul jadi seorang ayah yang tidak ada bersama lihat anaknya membesar,” kata seorang netizen.

“Nak salahkan isteri? Hari jadi anak sendiri pun tiada. Hari bahagia untuk seorang anak itu perkara yang dia akan ingat sampai besar,” komen seorang pengikutnya.

“Mana dia (Syamsul) yang kononnya nak berdamai, face to face (berdepan) seperti yang diucapkan dalam sidang media? Ada datang majlis ke tidak?” tanya seorang pengguna Instagram.

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Pada 24 Mac lalu, Syamsul atau nama lengkapnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof meluahkan rasa kecewa apabila harapannya untuk bertentang mata dan bersua muka dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak kesampaian.

Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses yang dijalankan hampir dua jam itu walaupun dibuat secara berasingan hingga menyukarkan dirinya untuk mencari jalan perdamaian.

“Melalui proses JKP ini saya harap dapat berjumpa Sarah, tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya kepada pihak media. K Online

Mana Syamsul, tanya netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker