Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu

Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu

Pelakon Haidar Hasanudin tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku terhadapnya selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sekitar dua minggu lalu sehingga mengakibatkan dirinya dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan peguam mewakilinya, Peguambela dan Peguamcara Shaharudinali Azfarazmi & Co, Haidar menjelaskan tohmahan tersebut ditularkan oleh pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut bersamanya pada 15 Mac lalu.

“Anak guam kami menafikan sekerasnya bahawa dia memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan. Dia sudah memberikan segala kerjasama kepada polis.

“Bahkan dia tidak pernah ditangkap, ditahan reman atau disiasat kononnya atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol,” kata kenyataan media tersebut.

Kemalangan melibatkan Haidar dan pihak tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun korban jiwa, tetapi hanya mengalami kerosakan terhadap kedua-dua buah kenderaan.

Selepas kemalangan, pelakon itu sudah pun menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat laporan polis untuk urusan tuntutan ganti rugi pembaikan kenderaan daripada syarikat insurans.

“Anak guam kami dengan penuh tanggungjawab mengakui kesilapannya terhadap individu yang terlibat, memohon maaf dan sudah melaporkan kejadian tersebut kepada polis mengikut saluran undang-undang yang benar.

“Walaubagaimanapun, anak guam kami kemudian dihubungi pihak tersebut yang meminta berjumpa bagi menyelesaikan kos pembaikan kenderaan dengan cara membayar ganti rugi tanpa melibatkan polis.

“Anak guam kami tidak bersetuju dan meminta pihak itu mengikut saluran undang-undang yang betul,” tambahnya.

Berasa terancam, Haidar kemudian membuat laporan polis kerana berasakan terdapat unsur-unsur ugutan daripada individu itu yang berang apabila permintaannya untuk menyelesaikan perkara tersebut mengikut kemahuannya tidak dilayan.

“Akibat tidak memenuhi permintaan tersebut, individu itu bertindak menerbitkan perkongsian dalam beberapa platform media sosial dengan memuat naik gambar-gambar, video dan ucapan fitnah kononnya Haidar memandu dalam keadaan separa sedar.

“Lebih mengeruhkan keadaan, individu itu menghubungi beberapa rakan artis dan media dengan tujuan menjatuhkan reputasi Haidar,” katanya lagi.

Justeru, pelakon telefilem Angah itu menyerahkan kepada peguam yang dilantik untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap pihak terbabit. K Online

Haidar Hasanudin dituduh mabuk ketika memandu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker