4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor

4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor

Gara-gara bergaduh sesama jiran kerana menghalang laluan koridor rumah, empat orang ditahan polis di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Bestari, Ampang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada awal kejadian telah berlaku pertengkaran antara pengadu berusia 21 tahun yang bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel bersama seorang lelaki jiran di sebelah rumah.



“Lebih kurang pukul 12 tengah malam, ibu pengadu sedang berjalan di laluan koridor dan ingin pergi ke rumah jiran yang berada selang dua buah rumah.

“Tetapi laluan ibu pengadu telah dihalang oleh seorang lelaki jiran di sebelah rumahnya. Setelah menegur, suspek meluru ke arah pengadu sebelum menumbuk dada pengadu di bahu kiri.

“Suspek kemudiannya berundur, membuka pintu rumahnya sebelum ahli keluarga suspek keluar. Berlaku pertengkaran sehinggakan adik perempuan suspek membaling penutup tong sampah kepada abang pengadu yang ingin meleraikan pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Farouk berkata sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya telah menangkap dua lelaki dan dua wanita tempatan termasuklah pengadu kira-kira pukul 3 pagi tadi.



Ujarnya, kesemua tangkapan berumur lingkungan daripada 21 hingga 32 tahun dan tiada rekod kesalahan lampau.

Permohonan reman pertama telah dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan. K Online

4 orang ditahan gaduh sesama jiran gara-gara halang laluan koridor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul



Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker