Patuh cakap isteri, Aaron dilarang jumpa Syamsul Yusof

Patuh cakap isteri, Aaron dilarang jumpa Syamsul Yusof

Pelakon Aaron Aziz tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof selepas dilarang isterinya, Diyana Halik daripada berbuat demikian.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkongsi untaian tangkap layar perbualan dengan isterinya itu dalam WhatsApp menerusi hantaran status Instagram.



“Saya tak nak awak jumpa Syamsul tak kira apa pun. Kalau ditanya, cakap sahaja saya larang.

“Saya tak nak lagi sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit. Saya sangat-sangat risau.

“Saya nak awak janji barulah saya akan berasa okey. Untuk saya dan untuk kesihatan mental,” demikian antara pesanan isteri Aaron kepadanya.

Aaron berjanji tidak akan bertemu empat mata dengan Syamsul dan katanya, rezeki bukannya terletak di tangan manusia.



Baca Artikel Menarik:

Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya [VIDEO]

“Saya tak nak komen apa lagi. Bila anak bongsu saya naik bilik nangis dan bila isteri saya nangis, itu dah maksimum dah.

“Orang yang selalu bagi nasihat adalah isteri saya. Kalau isteri saya ‘no’, itu masih boleh bincang. Kalau isteri cakap ‘forbid’ (larang), itu dah ‘level’ lain.



“Saya kerja keras demi keluarga dan kesihatan mental mereka lebih penting. Rezeki bukan di tangan manusia. Saya tumpang rezeki anak-anak dan isteri. Jadi, mereka adalah keutamaan saya,” coretnya.

Terdahulu, selepas Aaaron, 47, mendesak untuk bertemu dengan Syamsul, pengarah itu pula mengeluarkan kenyataan bersedia bertemu dengannya pada bila-bila masa.

Aaron turut bertindak mencium al-Quran sebagai saksi kejujuran pendedahannya berhubung usaha yang dilakukan demi karakter dalam filem The Original Gangster. Dia juga sanggup menyuntik steroid bagi mendapatkan fizikal seperti yang dimahukan Syamsul menjayakan naskhah berkenaan

Baca Artikel Menarik:

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker