Aligator gergasi lintas jalan

Aligator gergasi lintas jalan

Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan senario seekor aligator bersaiz besar sedang berjalan melalui sebuah komuniti mewah di negeri Florida, Amerika Syarikat sehingga menggerunkan penduduk setempat, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang ahli meteorologi WINK, Matt Devitt menyiarkan rakaman video tersebut di laman Facebook yang menunjukkan ia berjalan menyeberangi kawasan di Forest Glen Golf & Country Club, bandar Naples pada akhir minggu lalu.

Reptilia sepanjang 3.04 meter yang berkeliaran itu mengubah kawasan kejiranan tersebut menjadi pemandangan seperti dalam filem ‘Jurassic Park’.

“Betulkah ini? Ia sangat besar!” kata seorang wanita dalam video tersebut.

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Florida dilaporkan telah mengeluarkan haiwan itu dari kawasan komuniti tersebut tanpa melibatkan kecederaan penduduk, lapor NBC Miami.

Florida merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 1.3 juta aligator yang boleh ditemui di semua 67 daerah di negeri itu. K Online

Aligator gergasi lintas jalan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker