Bapa tangisi pemergian anak ‘dimakan tayar treler’ di ambang Ramadan

KLANG: Seorang bapa tidak menyangka ambang Ramadan keluarganya bermula dengan tragedi apabila anak perempuannya, Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan yang menyayat hati di Kampung Teluk Gong, di sini, pagi tadi.

Lebih meruntun hati apabila Muhammad Jamathir Ahmad Nordin tidak dapat melihat wajah anaknya yang berusia sembilan tahun itu buat kali terakhir selepas separuh badannya hancur digilis lori treler ketika dalam perjalanan pulang dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Gong.

Tragedi tersebut turut mengakibatkan anak keduanya, Alif Zahfran, 7, turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Menurut Muhammad Jamathir, dia dan isteri langsung tidak menyangka tragedi tersebut akan menimpa mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi mengakibatkan kematian anak sulungnya yang sebelum ini menjadikan mereka sebagai pasangan ibu dan bapa.

“Saya dapat khabar kemalangan ini dari isteri, Rubyiatul Adawiyah Mat Ros, 28 pagi tadi. Sebaik sahaja terima berita itu, saya terus ke lokasi kejadian dan tiba di sana kira-kira pukul 11.35 pagi.

“Saya amat terkilan, walhal pada awal pagi saya sempat menatap dan bersalaman dengan kedua-duanya sebelum mereka pergi ke sekolah dan saya keluar bekerja. Tiba-tiba dapat panggilan, anak sulung saya sudah tiada,” katanya ditemui pemberita.

Bapa
MUHAMMAD Jamathir Ahmad Nordin ditemui pemberita dekat Jabatan Forensik HTAR, di Klang, Selangor, hari ini. – UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Bapa berusia 32 tahun itu ditemui dekat Jabatan Forensik HTAR selepas dua anaknya terlibat dalam kemalangan ketika membonceng motosikal bersama jirannya seorang wanita, 54, ketika melalui Jalan Tengah di kampung berkenaan sebelum di langgar sebuah lori terbabit.

Insiden tersebut turut menyebabkan wanita berkenaan dirawat di hospital tersebut, sementara Alif Zahfran pula dilaporkan perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan dialaminya.

Jelasnya lagi, dia memang mengupah jirannya itu untuk membantunya bagi mengambil kedua-dua anaknya pulang dari sekolah ketika sedang bekerja.

Dalam pada itu, lebih memilukan, Muhammad Jamathir turut memberitahu, dia sekeluarga memastikan sambutan bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi bermakna untuk mereka apabila sudah pun membuat persiapan untuk menyambutnya.

“Arwah bersama ibu dan adiknya lihat sama-sama pakaian yang dijual dalam aplikasi pembelian dalam talian, kemudian ukur seorang demi seorang untuk dapatkan saiz yang tepat sebelum beli beberapa hari lalu. Kami hendak pakai baju sedondon sekeluarga berwarna hitam.

“Malah, bajunya sudah pun sampai pada minggu lalu, arwah sangat teruja melihatnya dan tidak sabar untuk pakai pada hari raya nanti. Saya amat sedih bila teringat kenangan singkat itu, saya tak dapat bayangkan macam mana kami sekeluarga hendak melalui Ramadan dan Syawal nanti, Allah lagi sayang dia,” luahnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker