PKPD di Kota Setar bermula tengah malam ini

Kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kedah mulai tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes baharu Covid-19 yang berpunca daripada kluster Sungai dan Tawar.

Katanya PKPD pentadbiran akan bermula tengah malam ini hingga 25 September melibatkan lebih 300,000 penduduk.

“Mesyuarat memutuskan PKPD pentadbiran di Kota Setar dengan mengambil kira kes kluster Sungai ia selaras dengan cadangan menteri besar Kedah.

“PKPD pentadbiran akan berkuatkuasa jam 12.01 malam ini iaitu dari 11 September hingga 25 September melibatkan 28 mukim,” katanya.

Kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan sehingga tamat PKPD pentabiran – Ismail Sabri

Feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran daerah Kota Setar dikuatkuasa – Ismail Sabri

Masjid diarah tutup, aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang, semua institusi pendidikan ditutup – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker