Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun

Sebaran :

Jantan Pakistan 'Celaka' didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun

Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, bulan lepas.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada buruh kontrak Ali Asghar, 20, selepas dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Noor Aini Yusof dalam bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di ruang tamu sebuah rumah flat di Perai Jaya pada 27 Mei, pukul 2 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Nur Fazliyana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan jurubahasa Urdu.

Menurut laporan media sebelum ini, bapa mangsa membuat laporan polis selepas anak bongsunya itu menceritakan kejadian dia didatangi suspek di taman permainan kira-kira pukul 2 petang dan kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah sewanya sebelum melakukan perbuatan amang seksual terbabit secara paksa.

Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 


Sebaran :

Leave a Reply