‘Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun

Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun

KUALA TERENGGANU: Bagi bekas pesakit Covid-19 seperti Mohd Adli Mohamad dan anggota keluarga, kecaman, persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat adalah ‘lebih sakit dan derita’ berbanding pertarungan melawan Covid-19.

Adli, 36, mengakui beliau dan keluarganya kini seolah-olah “dihukum” oleh seluruh penduduk kampung selepas seorang daripada ahli keluarganya dikenal pasti sebagai kes indeks dalam kluster Matang, iaitu kluster terbesar Covid-19 di daerah Hulu Terengganu, ketika ini.

Keluarganya menjadi sasaran kemarahan orang ramai kerana dikatakan menjadi punca jangkitan 127 individu lain yang dikesan positif Covid-19 dan terus merebak ke tiga kampung berdekatan sehingga mencetuskan rantaian jangkitan kluster baharu yang lain.

“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada masyarakat di Hulu Terengganu, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong kerana kesukaran yang dihadapi mereka ketika ini dan sentiasa hidup dalam kebimbangan disebabkan penularan Covid-19 yang begitu meluas dan pantas.

“Namun apa yang terjadi Covid-19 bukan disengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa. Harapan kami agar masyarakat tidak berterusan ‘menghukum’ keluarga kami kerana ia sangat mengganggu emosi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Mengimbau detik bermulanya insiden terkena jangkitan Covid-19 berkenaan Adli berkata, kepulangan abang iparnya ke Kampung Matang ketika Ramadan lepas, adalah kerana ingin memastikan isterinya yang baharu bersalin dapat menjalani tempoh berpantang dengan sempurna.

“Beliau mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri, malah telah melakukan ujian calitan dan disahkan negatif Covid-19, namun entah bagaimana beliau akhirnya positif penyakit itu tidak lama kemudian.

“Sekelip mata, seorang demi seorang daripada 48 ahli keluarga kami (termasuk keluarga abang ipar) disahkan positif dan terus menerima rawatan di hospital serta menjalani tempoh kuarantin di lokasi yang ditetapkan kerajaan. Mungkin ada kesilapan kami yang cuai dalam pergaulan menyebabkan ramai ahli keluarga dijangkiti Covid-19,” katanya.

Namun apa yang membuat Adli terkilan ialah setelah semua ahli keluarganya pulih, penerimaan masyarakat masih dingin sehinggakan beliau pernah terfikir untuk membawa keluarganya berpindah ke tempat lain.

“Sangat menyedihkan apabila seorang daripada ahli keluarga kami yang ingin membeli barangan keperluan di kedai, namun tiada yang mahu berurusan kerana bimbang dijangkiti sedangkan beliau sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

“Akhirnya beliau terpaksa meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membeli segala barangan keperluan di tempat lain yang agak jauh dari kediaman sendiri kerana tidak mahu mencetuskan suasana tidak harmoni di kampung,” katanya.

Adli bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung berhubung layanan dingin mereka kerana akur ia berpunca daripada salah faham berkaitan Covid-19.

“Walaupun telah diberi penerangan bahawa Covid-19 kami tidak lagi menjangkiti sesiapa selepas selesai menerima rawatan di hospital, segelintir penduduk kampung masih tidak dapat menerimanya dengan hati terbuka.

“Namun kami tetap tabah dengan ujian ini dan berharap semuanya akan kembali normal,” katanya yang mahu semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tidak melalui pengalaman pahit seperti dialami keluarganya.

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

‘Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker