[VIDEO] Gelagat Azmi Tiba-Tiba Timbul Masa Danial Zaini Buat IG Live..”Ane!! Saya Punya Nasi Goreng Ayam Sudah Siap Ka Ane?”

Penyampai radio dan pelawak  Mohamad Danial bin Mohd Zaini atau lebih dikenali sebagai Danial Zaini telah membuat live secara suka-suka di Instagram bagi melayan para peminatnya.

 

Tengah live, tiba-tiba Azmi join sekali



Menerusi rakaman live berkenaan yang telah dimuat naik oleh Danial sendiri di akaun TikToknya, kelihatan Danial sedang menjamu selera sambil membuat live. Secara tiba-tiba dia terkejut apabila mendapat request daripada seorang rakan artis yang lain untuk turut serta live berkenaan.

Rupa-rupanya rakan artis tersebut adalah Azmi Saat. Ketika itu, Azmi seolah berlakon memesan nasi goreng ayam di kedai mamak dan perkara itu membuatkan Danial berasa hairan dengan Azmi.

Dalam live berkenaan Azmi menanyakan live siapa yang dia telah masuk dan pada ketika itu Danial telah meniru suara seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Azmi hampir percaya yang dia telah masuk ke live Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘Azmi ni memang suka buat surprise eh’

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

‘Terhibur teruk bila Azmi masuk’



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Danial dan juga Azmi. Malah ada juga di antara mereka yang pelik adakah Azmi kenakan Danial atau sebaliknya.

VIDEO PENUH DIBAWAH:-

View this post on Instagram

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1)



Sumber : Instagram & TikTok Danial Zaini

[VIDEO] “Samaa Siakk..” Danial Zain Lawak Solo Tiru Suara ‘Shark’, Nasihat Ringkasnya Curi Perhatian Dan Padu..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker