Penyamun ditangkap 24 jam bersama 61 jam tangan


KLANG – Kecekapan pihak polis berjaya menahan seorang penyamun dan merampas 61 jam tangan dalam tempoh 24 jam selepas lelaki itu memecah masuk sebuah kedai jam di Bandar Bukit Tinggi di sini.

Penangkapan suspek berusia 36 tahun itu dilakukan pukul 5 petang di Lebuh Batu Nilam Bukit Tinggi kelmarin selepas melakukan jenayahnya pukul 9.30 malam hari sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 38 tahun apabila kedainya dipecah masuk penjenayah.

Katanya, ini susulan terdapat kesan umpil pada jeriji tingkap tandas belakang dengan pelbagai jenis jam telah dilarikan suspek.

“Bertindak hasil maklumat, polis kemudiannya menahan suspek selain merampas 61 jam pelbagai jenama.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bergerak solo itu aktif sejak dua bulan lalu dan terlibat dalam dua kes termasuk pecah masuk kedai haiwan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Shamsul Amar menambah, modus operandi suspek adalah memilih lokasi kedai secara rambang dan masuk melalui tingkap cermin tandas dengan mengumpil pintu gril besi.

Ujarnya, suspek juga akan memasuki ‘ekzos fan’ yang tidak ditutup oleh mangsa.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau termasuk dadah.

“Suspek kini direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. K Online

Pemuda trauma ditumbuk polis, wang dirampas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker