Pusat panggilan sindiket pelacuran diserbu, 4 ditahan

Sebaran :


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya tumpaskan satu sindiket pelacuran dalam serbuan di sebuah kondominium dekat Setapak yang dijadikan pusat panggilan, malam tadi.

Seramai empat individu, termasuk seorang lelaki tempatan dan tiga wanita diberkas.

Serbuan digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPK Kuala Lumpur adalah hasil aduan orang awam.



Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 45 tahun, wanita tempatan berusia 20 tahun, dua wanita warga Vietnam dan China masing masing 23 dan 34 tahun, sedang menunggu tempahan daripada pelanggan.

Siasatan awal mendapati sindiket akan menetapkan masa dan jumlah bayaran sebelum menghantar pelacur kepada pelanggan ke destinasi yang dipersetujui.

Mereka menyasarkan warga tempatan dan asing dengan mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil daripada aktiviti pelacuran.



Dalam sebuan itu, polis merampas beberapa komputer, komputer riba, dan pelbagai telefon bimbit.

Polis percaya sindiket itu sudah beroperasi lebih lapan bulan.

Sindiket dikesan bergerak setiap dua hingga tiga minggu ketika tempoh pelaksaan kawalan pergerakan (PKP) bagi mengelak kegiatan mereka dihidu penguat kuasa.


Kesemua mereka dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Awani

Pelacuran online: Pelakon filem, Instafamous ditahan


Sebaran :

Leave a Reply