Pelacuran online: Pelakon filem, Instafamous ditahan

Dua selebriti wanita Indonesia ditahan polis dipercayai terbabit dalam pelacuran dalam talian.

Selain mereka, polis turut menahan dua individu lain iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

Polis Tanjung Priok, Paksi Eka berkata, keempat-empat suspek ditahan di sebuah hotel lima bintang di kawasan Sunter, Jakarta Utara.

“Lelaki itu dipercayai berperanan sebagai bapa ayam, manakala dua artis berkenaan adalah seorang pelakon filem dan sinetron dan seorang Instafamous,” katanya.

Dalam pada itu, gambar penahanan kedua-dua selebriti itu tular di media sosial.

Menerusi gambar berkenaan, artis berkenaan yang memakai jaket hanya menundukkan kepala ketika pemeriksaan pihak berkuasa.

Tribunnews melaporkan, sehingga berita ini ditulis, polis masih tidak mendedahkan identiti dua artis berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan, setakat ini, status kedua-dua artis berkenaan masih lagi sebagai saksi.

Sebelum ini dua artis wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam pelacuran secara dalam talian ditahan di Surabaya tahun lepas.

Kedua-dua artis itu yang dikenali sebagai Vanessa Angel dan “AF” ditahan selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti tidak bermoral itu.

Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara dipetik berkata mereka yang ditahan ialah empat saksi, dua artis iaitu Vanessa dan “AF” dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.

“Tarifnya yang satu Rp80 juta (RM23,164), satu lagi Rp25 juta (RM7,238). HM

Sebab I Mahal, I Jual Dir…” Fara Mendoza Tersalah Cakap, Netizen Mulakan Semula Teka Teki [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker