Henti acara solidariti Palestin di sekolah – PAGE

Henti acara solidariti Palestin di sekolah – PAGE

Kerajaan digesa berhenti mengadakan program solidariti Palestin di sekolah susulan laporan pelajar dan guru membawa senapang mainan ke acara itu.

Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata timbul kebimbangan berhubung kesesuaian program sedemikian di sekolah.



Katanya, gambar dan video kanak-kanak membawa senapang mainan adalah contoh apa boleh berlaku dalam acara sedemikian.

Satu video tular 55 saat menunjukkan seorang lelaki mengacukan senapang mainan ke arah pelajar sambil mengetuai sekumpulan guru mengibarkan bendera Palestin ke perhimpunan.

Terdapat juga gambar kanak-kanak di sekolah lain memakai bandana tertera perkataan “Selamatkan Palestin” dan membawa senapang mainan.

“Pelajar dipergunakan. Program sebegini perlu dihentikan segera,” Noor Azimah memberitahu FMT.



Petang tadi, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa kawalan ke atas Minggu Solidariti Palestin di sekolah bagi mengelakkan sebarang isu tercetus.

Kementerian Pendidikan pula dilaporkan berkata, penganjuran program di sekolah terbabit di luar tempoh pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dari 29 Okt hingga 3 Nov ini dan tidak mengikuti panduan ditetapkannya.

Katanya, ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme sepanjang penganjuran Minggu Solidariti Palestin dan melarang penggunaan replika senjata, ikon serta simbol mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi ketika acara itu. FMT

Henti acara solidariti Palestin di sekolah – PAGE



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker