Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan

Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memberi masa 24 jam kepada Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris dan PAS untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik semula dakwaan berhubung pemberian kerakyatan kepada 54,000 warga China.

Menurut Lim, kenyataan berbaur fitnah serta memperlekehkan kedaulatan negara itu masih diteruskan oleh Razali dan PAS, walaupun pihak kerajaan sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut sejak ia pertama kali muncul.



“Justeru itu, saya memberi tempoh 24 jam kepada Razali dan PAS yang membuatkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat tersebut supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan berkaitan atau pihak saya akan membuat laporan polis terhadap mereka.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Razali berkata Bersatu tetap mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat dakwaan 54,000 warga China dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia.

Gesaan yang sama dibuat di akaun Twitter PAS Pusat pada sehari sebelumya, 28 Ogos.



Dakwaan yang muncul kali pertama di media sosial awal bulan ini, menyebut 54,000 warga China berkenaan akan diberikan kerakyatan supaya menjadi “pengundi DAP”.

Tanpa mengemukakan bukti terdapat dakwaan itu, Razali berkata siasatan perlu dibuat terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN), menterinya Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mengulas lanjut, Lim berkata kenyataan kedua-duanya itu telahpun melanggar akta-akta di bawah Seksyen 499, 504, 505 (b) dan 505 (c) Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1) dan 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pada 18 Ogos, JPN telah menafikan dakwaan terdapat 54,000 permohonan kerakyatan yang belum selesai melibatkan warga dari China.



Ia menjelaskan bahawa dakwaan itu timbul susulan sidang media Saifuddin yang disampaikan pada 8 Jan lalu, dan telah dimanipulasi melalui satu video tular.

“Jumlah 54,000 permohonan tersebut adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari tahun 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.

“Berdasarkan rekod JPN dari 2019 hingga 31 Julai 2023 lalu, hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal),” kata JPN. mk

Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker