Ramai malu lihat COEX buat persembahan depan pelajar tahfiz

Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok.

Mengguna media sosial meluahkan rasa kesal melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar-pelajar tahfiz dalam sebuah konsert di Shah Alam, baru-baru ini.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @dinnnnn5x, persembahan COEX disifatkan agak keterlaluan dari segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Lagu yang dipersembahkan oleh COEX ketika itu juga berjudul Selamat Jalan Romeo dendangan Ramlah Ram.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh @dinnnnn5x mendapat 287,100 tontonan, 2,918 tanda suka dan 1,955 perkongsian.



Susulan itu, terdapat pelbagai reaksi orang ramai antaranya kecaman terhadap pihak penganjur yang dianggap tidak sensitif sebelum menjemput pelajar-pelajar tahfiz berkenaan.

“Lepas ni tolonglah mana-mana pusat tahfiz tolong cakna dengan setiap jemputan,” komen Miyu.

“Kesian dekat anak-anak tahfiz itu. Mesti terpaksa tengok dan tak tahu nak buat apa,” komen Zue.

“Allah, lindungulah anak-anak tahfiz tu. Kecewa betul dengan penganjur majlis ini,” komen seorang pengguna yang lain pula.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker