Diva AA mengamuk, siap suruh tunggu azan kubur

Diva AA mengamuk, siap suruh tunggu azan kubur

“Kepada individu yang sihir saya, tunggu azab kubur kau! Saya harap Tuhan membalas perbuatan jahatnya”.

Itu respons pengacara sensasi Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA yang mendakwa dirinya terkena sihir akibat perbuatan orang yang dikenalinya dalam industri.



Azwan, 57, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, individu bertanggungjawab menyihirnya itu boleh berpuas hati selepas melihat kesakitan yang dialami, namun mengingatkan bahawa azab Tuhan itu terlalu berat untuk dipikul.

“Individu yang menyihir saya itu, berpuas hatilah. Tentu dia sedang bergembira dengan berita ini. Tetapi ingat, Allah belum izinkan lagi saya ‘jatuh’ seperti apa yang dia mahu lihat.

“Sesungguhnya azab Allah itu terlalu berat,” katanya yang enggan memaafkan individu tersebut buat masa ini.

Dalam nada sebak, Azwan menjelaskan, tangisannya bukan kerana sedih, tetapi sebab bersyukur masih disayangi dan ada bersimpati dengan apa yang berlaku terhadapnya.



Kata Azwan, sejak berita tentang dirinya disihir tular, dia menerima banyak panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali mahu menawarkan bantuan perubatan secara tradisional bagi mengubati ‘kesakitan’ yang ditanggungnya.

“Saya sebak bukan sebab rasa ‘down’, tetapi bersyukur kerana masih dikelilingi dengan insan-insan berhati mulia.

“Bantuan datang daripada pelbagai pihak termasuk ustaz-ustaz yang menghubungi saya secara peribadi untuk menolong saya. Insya-Allah saya akan usahakan (berubat),” katanya.

Ketika ditanya tentang ‘serangan’ yang diterimanya, pengacara juga pelakon itu memberitahu akan mengalami gangguan setiap hari pada tengah malam, terutama selepas 3 pagi.



“Serangan sihir itu saya akan dapat pada tengah malam. Paling kemuncak pada pukul 3 pagi sehingga waktu subuh.

“Gangguan itu membuatkan diri saya jadi tidak keruan, rasa penat dan tidak tentu arah. Kalau orang yang tidak kuat boleh jadi gila!

“Jadi jangan main-main dengan perbuatan sihir,” katanya.

Azwan sebenarnya tidak menyangka individu terbabit tergamak melakukan perbuatan sihir terhadapnya.



“Tergamak dia sihir saya. Cakap siapa yang saya tidak pernah ‘bantai’? Tun Mahathir, Neelofa malah abang saya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali selalu kena ‘bantai’ dek kelantangan saya.

“Tapi bukan mereka yang menyihir saya. Sebab mereka ingat azab Allah. Jadi tidak perlu tergamak sampai mahu gunakan ilmu hitam,” jelas Azwan.

Azwan yang ketika dihubungi sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru bagi menjayakan sebuah sebuah acara mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi membantu dan mendoakan kesihatannya.

“Kekuatan diri sendiri dan doa daripada pengikut-pengikut membuatkan saya kuat. Terima kasih semua yang mendoakan saya,” jelasnya.



Baru-baru ini, Azwan mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa sihir akibat perbuatan seorang individu yang tidak berpuas hati dengannya. Selain mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk memulangkan paku buah keras, ramai netizen turut meluahkan simpati terhadapnya.

Biarpun enggan menyebut nama individu tersebut, Azwan berkata pihak yang menghantar sihir kepadanya itu adalah seseorang yang dikenalinya. K Online

Diva AA mengamuk, siap suruh tunggu azan kubur

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker