PPHT, SSN Selangor juara Piala Pengetua
PPHT, SSN Selangor juara Piala Pengetua

Kuala Selangor: Tuan rumah SMK Pengkalan Permatang (PPHT) A dan SMK Seksyen Sebelas (SSN Selangor) A dinobatkan juara Kategori Cup bagi acara lelaki dan perempuan dalam Kejohanan Hoki SMePP Challenge 9s (Piala Pengetua) Sekolah Menengah Bawah 16 Tahun Peringkat Kebangsaan 2026 hujung minggu ini.
Kejohanan selama tiga hari anjuran sekolah berkenaan yang memasuki edisi kedua itu menghimpunkan 31 pasukan dari seluruh negara, iaitu 16 pasukan lelaki dan 15 pasukan perempuan, yang bersaing dalam Kategori Cup dan Plate.
Dalam Kategori Cup lelaki, PPHT A muncul juara manakala PPHT B menduduki tempat naib johan. SMK Seri Titiwangsa (KLSS) C menduduki tempat ketiga, diikuti SMK Syed Hassan (SSN Perlis) di tempat keempat.
Tuan rumah terus mendominasi acara lelaki apabila PPHT C menjuarai Kategori Plate. SMK Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan (TBSS) B menjadi naib johan, SMK Desa Petaling (SMKDP) di tempat ketiga dan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) di tempat keempat.
PPHT A turut menguasai anugerah individu lelaki apabila Adief Putra Darwisy Ahmad Shakhiri dinobatkan Penjaring Terbanyak dengan empat gol, manakala rakan sepasukannya, Haris Danial Mohd Khaidzir, diangkat sebagai Pemain Terbaik. Anugerah Penjaga Gol Terbaik pula menjadi milik Mohd Haziq Hilman Mohd Zaki dari KLSS C.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akmal Selesai Mengundi, Seru Rakyat Melaka Tunaikan Tanggungjawab
- Pusat Pengundian Dibuka, Ruang Rakyat Melaka Serah Mandat
- Selamat Mengundi Warga Melaka!
PRN Melaka: Tunai Kewajipan, Hargai Kelancaran Proses – Ab Rauf
Dalam acara perempuan, SSN Selangor A menjuarai Kategori Cup, manakala SMK Gunung Rapat (SSN Perak) menjadi naib johan. SMK Mutiara Impian (SSN Pulau Pinang) menduduki tempat ketiga dan PPHT A di tempat keempat.

Selangor meraih kejuaraan kedua dalam acara perempuan apabila SSN Selangor B menjuarai Kategori Plate. SMK Seri Titiwangsa (SSN KL) A menjadi naib johan, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SSN Kedah) A di tempat ketiga dan SSN Perlis A di tempat keempat.
Bagi anugerah individu perempuan, Nur Fitrah Nadia Shamsudin dari SSN Pulau Pinang dinobatkan Penjaring Terbanyak dengan 10 gol. Nor Zahrina Mazlien Muhd Fairus (SSN Selangor A) dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik, manakala Nur Surfina Rusli (SSN Perak) dinobatkan Pemain Terbaik.
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pengkalan Permatang, Nik Diana Hartika Nik Husain berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat pemain muda sebagai pelapis hoki negara, selain memupuk disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan murid.
“Tahun depan, kami menyasarkan penyertaan 20 pasukan lelaki dan 20 pasukan perempuan, selain mempromosikan kejohanan ini secara lebih meluas bagi menjadikan SMePP Challenge kejohanan tahunan berprestij,” katanya.
Turut hadir Pengetua SMK Pengkalan Permatang, Mohd Tauhid Ikhsan yang menyampaikan medal dan piala kepada pemenang.
PPHT, SSN Selangor juara Piala Pengetua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kejayaan Kerjasama BN–PN Cetus Inspirasi Kepada UMNO Sabah
- Perbezaan Politik Bukan Alasan Tafsir Perlembagaan Ikut Kepentingan – Naqib
- Israk Gesa Hassan Perjelas Maksud Sajak ‘Patik Tak Rela’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.