Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook

PETALING JAYA – Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling popular di media sosial Facebook apabila mencatatkan 4.6 juta pengikut, sehingga hari ini.

Melalui tinjauan di Facebook menunjukkan, angka tersebut menjadikan antara lima perdana menteri terakhir, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengungguli jumlah pengikut paling ramai dalam kalangan pemimpin negara.

Bekas Presiden UMNO itu yang ketika ini menjalani hukuman penjara di Kajang mula terkenal selepas kejatuhan pemerintahannya bersama Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018 yang lalu.



Di antara kelima-lima pemimpin tersebut, Perdana Menteri yang memegang portfolio sebanyak dua kali iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pula berada di kedudukan kedua apabila mencatatkan seramai 3.9 juta pengikut.

Sementara itu, di tangga ketiga adalah Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri ketika ini, selepas membentuk kerajaan dengan gabungan beberapa parti termasuk BN selepas PRU ke-15 tahun lalu.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggantikan zaman pemerintahan Tun Mahathir selepas bekas Pengerusi Bersatu itu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 bulan berada di tangga keempat apabila mencatatkan jumlah pengikut seramai 2.1 juta.

Selain itu, Perdana Menteri ke sembilan dari BN, Datuk Seri Ismail Sabri pula berada di tangga ke lima apabila mencatatkan jumlah pengikut seramai 1.7 juta di Facebook sehingga hari ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker